Nota:
Setiap nama, No Akaun & No Tel yang kami masukkan disini akan berada di google setelah 48jam artikel diterbitkan.
Sesiapa yang berurusan secara online anda digalakkan membuat semakan (Search) terlebih dahulu di google atau di blog ini, jika ada yang meragukan sila hentikan urusan serta merta.
Untuk semakan no. akaun bank, sila masukan no. akaun dalam kotak search

Hubungi

ADUAN/ LAPORAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan, sila berikan maklumat berikut beserta bahan bahan:

Sila berikan maklumat beserta bahan bahan berikut:


WAJIB ADA

  1. Link FB / Twitter / Instagram/ website jualan scammer tersebut
  2. Laporan Polis.
  3. Resit bayaran 
  4. No Akaun Bank
  5. Info Barang yang ingin di beli (Wajib)
Lain lain JIKA ADA
  1. Screenshot chat anda bersama scammer
  2. Gambar IC / Gambar Scammer
  3. No Telefon Scammer
  4. Alamat Scammer 
  5. Laporan Tribunal Pengguna
  6. Laporan Bank Negara (Untuk skim penipuan cepat kaya)
  7. Laporan SuruhanjayaSekuriti Malaysia (Untuk skim penipuan cepat kaya)
  8. Laporan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia(SKMM)-  (Untuk skim penipuan cepat kaya)
  9. Lain lain yang berkaitan
Laporkan aduan anda >> DI SINI <<



PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang ingin dikemukakan, anda bolehlah membuat pertanyaan anda >> DI SINI <<




Lain Lain 

INFO : Untuk membuat aduan selain report polis.boleh guna link dibawah.

1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my/ Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my/ E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

3) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my/ Tel : 03-88825822

4) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2 Tel : 03 7877 9000



1 comment:

  1. Salam sejahtera. Saya Zaharen Zailee. Saya dapati nama saya ada dinyatakan dalam post oleh pihak tuan/puan pada 2014 berkenaan isu penipuan(scammer). Isu ini sudah lama diselesaikan di mahkamah dengan saman berikutan terdapat individu yang menggunakan kredibiliti saya untuk agenda mereka. Saya berhubung dengan pihak/tuan ini merupakan usaha saya dan pihak saya dalam membersihkan nama saya yang telah tercemar di laman maya tanpa mengetahui atau usul periksa latar belakang penuh.

    Saya berharap pihak tuan/puan dapat mencari semula post tersebut dan membersihkan nama saya.

    Keprihatinan tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.
    Boleh hubungi saya melalui e-mail saya iamzahalee@gmail.com

    ReplyDelete