Nota:
Setiap nama, No Akaun & No Tel yang kami masukkan disini akan berada di google setelah 48jam artikel diterbitkan.
Sesiapa yang berurusan secara online anda digalakkan membuat semakan (Search) terlebih dahulu di google atau di blog ini, jika ada yang meragukan sila hentikan urusan serta merta.
Untuk semakan no. akaun bank, sila masukan no. akaun dalam kotak search

Cara Mengesan Penipuan Skim Cepat Kaya


Kali ini saya akan berkongsi tips untuk mengesan bagaimana anda telah / sedang / bakal ditipu oleh skim skim pelaburan cepat kaya yang kita bergiat aktif dalam group group rahsia dan tertutup di Facebook kala ini.

Semasa Sesi Berkenalan dengan Admin (penganjur) / Intro / Sub-Intro

  1. Scammer akan memperkenalkan diri dari sesebuah syarikat pelaburan yang selama ini kita tidak pernah dengar namanya tanpa memperkenalkan penganjur.
  2. Sepatah kita tanya, 10 patah dia jawab
  3. Pertanyaan yang dijawab tak sampai 5 saat telah dijawab
  4. Dijanjikan dengan pulangan lumayan
  5. Mengakui telah berpengalaman dan berkali kali membuat pelaburan 
  6. Mengakui sebagai intro / sub-intro yang turut menyertai skim pelaburan berkenaan
  7. Menunjukkan duit yang banyak di facebook
  8. Menunjukkan gambar resit resit (bank payment slip) pembayaran yang telah dibuat
  9. Menunjukkan carta modus operandi pulangan pelaburan
  10. Pelaburan berstatus jangka pendek (3 hari - 90 hari)
  11. Memasukkan anda ke dalam group khas (Tertutup / Rahsia) di facebook
  12. Mengemaskini perkembangan semasa penyertaan dalam group
  13. Mengemaskini resit resit pembayaran dan penerimaan penyertaan dalam group
  14. Group akan bercampur dengan skim pelaburan yang lain (lebih dari 1 admin group)
  15. Senarai peserta dalam fail akan mula melimpah dengan nama nama peserta
  16. Satu update hanya akan dikomen oleh orang orang baru yang bakal terperdaya (selalunya setiap kemas kini tidak melebih 20komen)
  17. Status update di facebook banyak mengajak dan memplawa orang ramai join sekali disamping memberi motivasi.
  18. dll
Pulangan Yang Dijanjikan


Setelah pembayaran penyertaan dibuat


  1. Group akan mula sepi
  2. Intro akan kemaskini status di group pelaburan sekali sekala
  3. Tiada lagi kemaskini resit pembayaran / penerimaan
  4. Seorang demi seorang intro akan mula menyepikan diri dalam group berkenaan tanpa meninggalkan group
  5. Dll
Selepas Tempoh Matang Pelaburan

  1. Intro akan memaklumkan buat pertama kali selepas tarikh matang dengan menyatakan duit akan keluar beberapa hari lagi dan memohon semua ahli bersabar.
  2. Pada kemaskini kali kedua intro akan memaklumkan terdapat sedikit masalah pada admin (penganjur) 
  3. Selepas seminggu dari tempoh matang, intro akan memaklumkan wang refund akan dibayar dan mohon peserta bersabar.
  4. Selang beberapa hari kemudian intro memaklumkan fb mereka telah di hack
  5. Intro tetap berjanji akan membayar wang modal pelaburan (refund)
  6. Intro memaklumkan wang yang diberikan oleh Admin adalah sedikit dan jumlahnya kurang dari yang sepatutnya.
  7. Disebabkan kekurangan wang tersebut, intro akan mencadangkan wang tersebuat dilaburkan ke tempat lain terlebih dahulu tanpa memulangkannya kepada pelabur
  8. Intro akan memaklumkan mereka di hack buat kali kedua
  9. Intro akan cuba menyakinkan pada pelaburan kali kedua ini, mereka akan mendapat 100% pulangan atas kegagalan pelaburan yang pertama.
  10. Setiap kemaskini intro dibalas lebih beratus ratus komen
  11. Status update di facebook banyak memuji ketuhanan.
  12. dll


Intro memaklumkan duit bakal diterima



Contoh alasan untuk melengahkan pembayaran


Pelaburan yang dibuat RM1Ribu, tetapi Refund yang dibayar RM24

Setelah itu


  1. Intro akan senyap tanpa sebarang berita sehinggalah laporan polis dibuat oleh peserta belaburan.
  2. Apabila memaklumkan yang kita akan membuat laporan polis, mereka akan kemaskini status yang refund akan dibatrakan sekiranya laporan polis / tribunal pengguna / Bank Negara Malaysia dibuat.
  3. Intro mencabar sesiapa yang membuat repot polis akan disaman malu kerana cuba menjatuhkan maruahnya
  4. Jika anda masih bising bising, Intro akan keluarkan anda dari group tertutup / rahsia tersebut dan akhirnya anda tersedar anda telah ditipu hidup hidup

Lain Lain Tanda

  1. Selalunya nama fb tidak sama dengan nama sebenar Intro
  2. Nama  nama pemilik akaun bank.
  3. Anda tidak mempunyai perjanjian hitam putih pelaburan yang dibuat
  4. Anda tidak menandatangani apa apa perjanjian
  5. Anda tidak hadir dihadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk dokumentasi
  6. Mempunyai banyak akaun facebook yang anda tidak ketahui
  7. dll

Sekiranya perkara ini terjadi pada anda, apakah yang patut anda lakukan?

  1. Pastikan anda menyimpan resit pembayaran
  2. Pastikan anda ingat masa, tarik dan lokasi pembayaran dibuat
  3. Simpan perbualan (screenshot) anda bersama admin (penganjur) / Intro / sub-intro
  4. Simpan gambar (screenshot) plan pelaburan yang anda sertai
  5. Simpan no akaun bank Admin / intro / sub-intro
  6. Buat laporan polis
  7. Buat laporan pada tribunal pengguna
  8. Buat laporan pada Bank Negara.
Apakah tindakan yang anda boleh ambil?
  1. Dakwaan penipuan
  2. Dakwaan penyelewengan
  3. Dakwaan mengambil deposit tanpa kebenaran
  4. Dakwaan pangubahan wang haram (AMLA)
  5. Dakwaan tribunal - untuk pemulangan 

SEBOLEH BOLEHNYA ELAKKANLAH MEMBUAT PELABURAN DI TEMPAT YANG TIDAK SAH.
Saya berharap tips ini akan membantu anda semua terhindar dari skis penipuan...

Nota:
Selalunya skim cepat kaya ini tidak bermasalah untuk pusingan pertama, dan kedua tetapi akan bermasalah selepas pusingan pertama dan kedua tamat

10 comments:

  1. admin, mohon share boleh? saya akan back link ke blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan, xde masalah, kalau nak widget pon boleh ambil, kami akan kemaskini with new widget hinggu ni

      Delete
  2. admin tlg siasat pemegang acc fb ni >>https://www.facebook.com/norazura.aziz.3

    ReplyDelete
  3. die ni ade mnjln kan skim cpt kaye >>> https://www.facebook.com/norazura.aziz.3

    ReplyDelete
  4. salam admin...saya dah letak nama syarikat,nama pemilik alamat dan no handphone kat kotak search.
    keluar maklumat pada bahagian The Web;


    Mesin aiskrim lembut Baru
    26 Mac 2011 ... Contact : mr ching (0125342182). Details : Mesin berkualiti tinggi model 822S Ruang 22 liter Balik modal sangat cepat Pinjaman sepenuhnya ...
    classifieds.bernama.com

    untuk kepastian adakah ini penipu online?
    sebab dh check semua maklimat ada...kat ssm pun ada,tpi konpuse sebab lokasinya terletak kwasn rumah dan dikelabukan gmbarnya
    tq

    ReplyDelete
  5. miguel.lloyd101@gmail.com email ni hubungi sy utk beli brg sy di mudah. com adakah sy sedang di tipu

    ReplyDelete
  6. Tepat.saya baru je kena....malaon punya mala sar....

    ReplyDelete
  7. Tepat.saya baru je kena....malaon punya mala sar....

    ReplyDelete
  8. Salam admin minta maaf yer...
    Boleh ke saya nak mntk info sikit...
    Boleh x kwn2 tolong up post ni....smpi saya dapat hubungi dia...

    Hari ini saya mmg perlukan bantuan kawan2..

    Saya sedang mencari individu ini suspek scammer sbb duit dah b.in tapi dia block saya...

    Saya org luar Klang...
    Harap kwn2 dapat membantu salurkan sedikit info...tq kwn2...jasa anda amat saya kenang..

    Email : normalasinar@gmail.com

    Nama : normala bt ahmad

    Address : Lot 1544 Batu 1 1/2
    Jalan CEB Bkt Kuda
    41300 Klang
    Selangor

    Ic no : 841013105618

    Acc mbb : 1621 4325 4859

    Acc ambank : 8881 0161 65647

    Hp no : 011-38309230 / 019-8003280

    Nama fb : Kak mala sar

    Nama grup fb : SAR biz

    Ssm : SA0027725-x

    ReplyDelete
  9. Di atas tu contoh saya kena...admin gunakan acc no orgln dan fb nama sama empunya acc..check2 empunya acc xsehat @ dlm kead kurang waras....dlm kes ni sape yg mungkin guna ic dia? Huhu...sedih..😂😂😂

    ReplyDelete