Nota:
Setiap nama, No Akaun & No Tel yang kami masukkan disini akan berada di google setelah 48jam artikel diterbitkan.
Sesiapa yang berurusan secara online anda digalakkan membuat semakan (Search) terlebih dahulu di google atau di blog ini, jika ada yang meragukan sila hentikan urusan serta merta.
Untuk semakan no. akaun bank, sila masukan no. akaun dalam kotak search

Wawa Zainal Nafi Terlibat Dengan Produk MLM Phyto, Kesal Foto Disalahgunakan


Rasanya tidak salah untuk membuat promosi produk, namun ianya haruslah dilakukan dengan beretika. Tambahan pula jika mahu menggunakan nama atau imej seseorang yang dikenali.



Terbaru, Wawa Zainal telah memuatnaik sekeping gambar menerusi laman Instagram berserta caption yang menafikan penglibatannya dengan sebuah produk MLM.


Minta Maaf yer...saya TIDAK PERNAH join pon bisnes ni. Jadi saya harap pihak semua yang berkaitan jangan menggunakan gambar saya untuk tujuan perniagaan itu. Pihak pengurusan saya memandang ini sebagai sesuatu yang serius. Harap maklum. Terima kasih yer.
Foto yang baru sahaja dimuatnaik semalam itu jelas menunjukkan bahawa Wawa Zainal dan pihak pengurusannya amat mengambil berat terhadap perkara ini.

Bagi kami  teguran yang dilakukan oleh isteri Aeril Zafril ini ada asasnya kerana ia dilihat berkait rapat dengan imej Wawa Zainal sendiri.


Mana tahu jika ada sebarang kekurangan pada produk tersebut, berkemungkinan besar nama pelakon cantik ini juga akan terheret sama.



Dalam perkembangan yang sama, Pemuat naik gambar tersebut yang di laman soaial Facebook, Pja Daker memohon maaf secara terbuka kepada pelakon popular itu dilaman facebooknya 
Hari ini eja tkejut mdapat call berdesus2...1st eja nk say sorry to pelakon yg cantik wawa zainal coz isu panas pic dia ngn eja sambil pegang produk..maaf ye produk phytoscience DS tu eja bg PERCUMA kt wawa kerana anak2 eja minat sgt ngn wawa zainal ..eja ckp cuba la ambil supplement ni bagus utk seisi keluarga..n eja bg flyers n biz card..x ckp pun wawa join or sbagainye..dlm Fb eja pun x ckp pn eja closing wawa..yg dok mrh2 wawa zainal x baik la..yg dok mgata kt eja dosa laaa..utk si polan bin si polan ...cian awak..patutlah payah nk dpt anak..byk myakiti hati org rupanye..utk wawa skluarga harap benda ni x da hal..ada masalah leh call k.eja..k.eja dh bg biz card kan..

Pemilik FB: https://www.facebook.com/pja.daker

Selepas ini, diharapkan para peniaga MLM di luar sana akan bersikap lebih prihatin terhadap perkara ini kerana silap haribulan produk anda juga akan terjejas, anda disaman.


P/S: hadoi.. nak untung pun agak agak lah, tak payahlah nak MENIPU dan sebagainya, cuba jadi peniaga yang beretika dan JANGAN AMBIL KESEMPATAN atas semua peluang.


sumber: 

No comments:

Post a Comment