Nota:
Setiap nama, No Akaun & No Tel yang kami masukkan disini akan berada di google setelah 48jam artikel diterbitkan.
Sesiapa yang berurusan secara online anda digalakkan membuat semakan (Search) terlebih dahulu di google atau di blog ini, jika ada yang meragukan sila hentikan urusan serta merta.
Untuk semakan no. akaun bank, sila masukan no. akaun dalam kotak search

Isu Membuat Laporan Palsu Polis Semakin Berleluasa


Bagan Serai: Aliran membuat laporan polis palsu sejak kebelakangan ini dikesan semakin menjadi-jadi dan terdapat segelintir masyarakat yang tidak langsung takut dan menjadikannya sebagai alasan bagi mengelak dari membayar denda serta ada juga menjadikannya meraih populariti semata-mata.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, pihaknya menerima banyak laporan palsu daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa individu lain untuk mendatangkan bencana kepada individu terbabit.

“Polis sentiasa menerima laporan yang dibuat sesiapapun dan tidak menolaknya, namun setiap laporan yang dibuat disiasat dengan teliti bagi memastikan kesahihannya.

 “Namun sekiranya laporan yang dibuat adalah tidak benar dan bercanggah maka si pengadu boleh dikenakan hukuman,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pembuat laporan palsu juga dikenal pasti sering menjadikan isu peribadi atau masalah keluarga sebagai alasan membuat laporan polis di samping berniat memperalatkan polis mencampuri masalah dihadapi mereka.

“Selain itu, polis mengesan faktor lain kes laporan polis palsu banyak dikesan disebabkan tindakan individu tertentu cuba meraih perhatian atau populariti murahan daripada masyarakat setempat.

“Malah ada pihak yang sanggup membuat laporan polis palsu mengelak daripada membayar denda akibat kehilangan dokumen peribadi penting seperti kad pengenalan diri dan lesen memandu yang sebenarnya berpunca kecuaian sendiri,” katanya. Mat Fauzi berkata, kewujudan lambakan kes laporan polis palsu melambatkan proses siasatan polis terhadap kes jenayah sebenar memandangkan setiap kes dilaporkan pengadu perlu diambil tindakan susulan segera oleh polis.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa rakyat agar tidak menyalahgunakan kebebasan membuat laporan polis atas tujuan bercanggah daripada membanteras jenayah dan menjaga ketenteraman awam.

“Mana-mana individu yang dikenal pasti membuat laporan palsu disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment