Nota:
Setiap nama, No Akaun & No Tel yang kami masukkan disini akan berada di google setelah 48jam artikel diterbitkan.
Sesiapa yang berurusan secara online anda digalakkan membuat semakan (Search) terlebih dahulu di google atau di blog ini, jika ada yang meragukan sila hentikan urusan serta merta.
Untuk semakan no. akaun bank, sila masukan no. akaun dalam kotak search

Berniaga atau Minta Derma atau Tektik Menipu Terbaru Dengan Cara Paksa?

GAMBAR HIASAN

Malam tadi (10/2/2014) admin berkunjung ke UPTOWN SHAH ALAM bersama sepupu untuk mencari beberapa barang yang dihajati.

Setelah penat berjalan, kami singgah makan di salah satu kedai yang terdapat di dalam medan selera Uptown.

Sedang enak menikmati hidangan Nasi Kukus Ayam Berempah dan Sate, kami didatangi seorang wanita anggaran usia 35tahun.

Wanita tersebut memperkenalkan diri dan memaklumkan yang dia menjual minyak angin dan madu yang kami sendiri tak tau jenama apakah yang dia cuba jualkan.

Sedang leka admin mendengar wanita itu bercerita tentang  apa yang wanita itu ingin sampaikan, wanita itu menghulurkan minyak angin sehingga terkena hidung admin. Fuhh sabar je la dengan tindakan wanita itu.

Ketika itu baru admin perasan, dia langsung tidak memandang admin semasa dia bercerita tetapi memandang taham sepupu yang leka membalas mesej telefonnya.

Disebakan sepupu admin tidak mengendahkan apa yang ingin disampaikan wanita itu dengan nada keras dan cuba bermain airmata mempersoalkan kenapa sepupu admin buat tak tahu sewaktu dia bercerita.

terngiang ngiang lagi ayat wanita itu yang ditujukan kepada sepupu admin.

"Awak boleh ambil perhatian tak masa saya bercakap? Awak tahu tak saya dah penat berjalan sana sini orang taknak beli produk saya ni?"

Dan bermulalah drama airmata wanita tersebut di meja makan admin.

Admin dapat lihat wanita itu masih merenung tajam pada sepupu admin yang boleh dikatakan kacak juga orangnya.

"Kalau taknak beli produk ni tolonglah beri derma pada pusat tahfiz ini"

Dalam pada itu, Sepupu admin masih buat tak tahu lagi dan terus menekan skrin telefonnya untuk membalas mesej yang bertalu talu masuk.

Untuk meredakan keadaan agar wanita itu segera berlalu admin pon berkata admin menghulukan duit.

Admin meminta maaf pada wanita itu dan mengatakan sepupu admin itu bukan warganegara Malaysia tetapi warganegara Indonesia
dan jangan ambil peduli dengannya.

Dengan tak semena mena, dia beralih dan megadap semula sepupu admin.

Wanitu itu menghulurkan tangan dihadapan muka sepupu admin untuk tujuan menaik perhatiannya.

"Awak, awak.. Awak paham tak cakap melayu? Soalan itu ditanyakan kepada sepupu admin membuatkan sepupu admin terhenti menekan nekan skrin Samsung S4. dengan naga yang lebih keras berbanding sebelumnya.

"Faham"  jawab ringkas sepupu admin.

"Awak tahu tak saya dah penat berjalan kehulu kehilir macam orang gila, tapi bila saya bercakap dengan awak, awak langsung tak ambil peduli?"

"Kalau awak taknak beli produk ni, awak tolong lah bagi derma pada pusat tahfiz ni"

Terfikir seketika. Wanita ini nak jual produk atau nak minta derma? Kalau nak mintak derma mana resitnya? dan kenapa perlu marah marah untuk mintak derma?

Kalau nak berniaga buat cara berniaga, tak perlulah nak paksa paksa orang membeli.

tanpa banyak soal, sepupu admin keluarkan sekeping wang kertas dan menghulurkan kepada wanita tersebut.

Setelah wanita itu mencapai wang tersebut, wanita itu masih mengomel sendirian dan tidak berganjak dari tempat kami.

Mungkin rasa tak puas hati wanita itu pada membuatkan sepupu admin, dia masih terus bercakap sendirian sambil memandang sepupu admin.

Setelah lima minit, barulah wanita itu beredar dari meja kami.

Sepupu admin bertanya pada admin setelah dia meninggalkan meja kami.

" Dia tu nak jual barang atau nak menderma? Kalau jual barang, kita buat tak tahu dia marah marah... katanya lagi. Kalau mintak derma jelaskanlah untuk apa derma tu dan bukannya mintak dengan cara yang macam tu. Tunjukkan bukti, dari mana dan berikan resit kalau ianya betul betul untuk pusat tahfiz" akhirnya sepupu admin termenung sendirian.

Setelah menyedut saki baki air kelapa muda yang menjadi minuman kami pada malam itu, kami bingkas bangun untuk membayar harga makanan kami tadi.

Memandangkan jam sudahpun menunjukkan pukul 11.30 malam, kami terus ke pakir kereta dan balik.

No comments:

Post a Comment